SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH PENUBUHAN


Program Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di Sek. Keb. Menggong ini telah dilaksanakan pada 6 Januari 2003. Di awal pelaksaannya kelas Pendidikan Khas ini hanya terdiri daripada seorang guru lelaki dan tiga orang murid lelaki yang ditempatkan di Blok B. Murid-murid adalah terdiri daripada kategori hiperaktif dan slow learner.

Pada tahun 2004 bangunan baru Kelas Pendidikan Khas telah dibina bagi menempatkan seorang guru lelaki ( Penyelaras ) dan seorang guru perempuan serta lima orang murid lelaki. Bangunan baru yang dibina mempunyai dua buah kelas, dapur yang lengkap dengan kabinet, bilik air dan bilik tidur. Pada tahun ini murid-murid yang berada dalam Kelas pendidikan Khas adalah terdiri daripada ketegori slow learner.

Bilangan murid dan guru masih lagi kekal seramai lima orang murid lelaki, seorang guru lelaki (Penyelaras ) dan seorang guru perempuan bagi tahun 2005. Bilangan murid telah bertambah kepada lapan orang murid lelaki manakala bilangan guru masih lagi kekal dengan seorang guru lelaki (Penyelaras) dan seorang guru perempuan bagi tahun 2006.

Manakala bagi tahun 2007 bilangan guru telah bertambah kepada 3 orang dan murid bertambah kepada sebelas orang. Pada tahun ini terdapat tiga orang guru perempuan, seorang murid perempuan dan sepuluh orang murid lelaki. Murid-murid adalah terdiri daripada kategori slow learner, disleksia dan kecacatan penglihatan.

Pada tahun 2008 bilangan murid adalah seramai 11 orang yang terdiri daripada tiga orang murid perempuan dan sembilan orang murid lelaki. Manakala guru masih lagi kekal dengan guru yang sama. Pada September 2008 seorang Pembantu Pengurusan Murid telah ditugaskan di Kelas Pendidikan Khas sekolah ini. Murid-murid adalah terdiri daripada kategori slow learner, disleksia, kecacatan penglihatan dan kerencatan mental. Pada tahun ini juga kelas pendidikan khas telah dipecahkan kepada dua kelas iaitu Kelas Bijak dan Kelas Bestari. Setiap kelas terdapat seramai empat orang murid.

Pada tahun 2009 seorang lagi Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas telah ditugaskan di sekolah ini. Oleh itu, pada tahun 2009 terdapat tiga orang guru perempuan, dua orang Pembantu Pengurusan Murid, dua orang murid perempuan dan enam orang murid lelaki. Murid-murid adalah terdiri daripada kategori slow learner, disleksia, dan kerencatan mental.

Manakala bagi tahun 2010 pula terdapat seramai tiga orang guru perempuan, dua orang Pembantu Pengurusan Murid, dua orang murid perempuan dan enam orang murid lelaki. Murid-murid adalah terdiri daripada kategori slow learner, disleksia, dan kerencatan mental.